Pelangi,
aku sukakannya. Banyak warna, ceria membahagiakan walaupun seketika. Punya merah,
biru, kuning, hijau, jingga, ungu dan violet. Masa dibangku sekolah, aku gemar
membuat kraf dari kertas berwarna-warni. Origami salah satunya. Sehingga aku
digelar si kitar semula. Aku bukanlah sekreatif yang disangka mereka. Bagiku,
aku hanyalah seorang yang suka kepada benda yang pelik dan berseni, mungkin.
Mungkin pada pandanganku ia adalah seni, sebaliknya pada pandangan orang lain.
Pernah suatu ketika ku punya hitam, kelabu dan
warna yang gelap untuk kebanyakan pakaian dan barangan milikku. Mulanya aku
tidak perasan akannya sehinggalah kawan-kawanku bertanya, “hang ni tak ada baju
warna lain ka? Barang-barang pun asyik warna-warna yang gelap saja. Asyik warna
gelap-gelap ja hang pakai”. Ya, kebetulan aku mula sukakan warna sebegini selepas
peristiwa itu. Peristiwa yang menyebabkan pertalian persahabatan yang dibina
sekian lama hancur. Membuatkan aku ditegur oleh orang sekelilingku mengapa aku
tidak seperti dulu, seceria sang suria, diriku semakin susut sehingga pada
suatu pagi dirumah keluarga teman rapatku, aku dipaksa untuk menghabiskan 5
keping tosai oleh ayahnya! Gara-gara melihat diriku yang semakin susut. Mana
mungkin aku sukakan warna-warna sebegitu? Aku selesa dengan warna itu kerana ia
tidak menarik perhatian orang terhadapku, aku tidak gemar orang lain mengetahui
lebih tentang diriku, takut, takut kejadian yang sama akan berulang kembali.
Pelangi
muncul kembali setelah sekian lama ia menyepi, kali ini jauh lebih bermakna dikala
aku mulai selesai dengan peristiwa itu, melupakan peristiwa itu, tetapi tidak
sekali aku melupakan dia yang pernah aku gelar sahabat. Harapanku terhadap
persahabatan yang dibina sekian lama dapat disambung kembali, mungkin akan
tidak sejernih dahulu tetapi baik
daripada semakin gelap gelita. Pelangi, menurutku persepsiku adalah ceria, yang
punya pelbagai warna itulah kegemaranku kini, harapku selamanya~
No comments:
Post a Comment