Tuesday, 1 April 2014

ENTRI 1 : Keracunan Makanan


Menurut buku panduan Kebersihan dan Keselamatan Makanan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, keracunan makanan ialah penyakit yang berlaku selepas memakan makanan yang tercemar dengan kuman atau bahan kimia. Ia berdasarkan sejauh mana pembuat atau pengendali makanan mengendali makanan itu dengan bersih, teliti serta terperinci dari proses awal hingga akhir makanan itu dimasak.
Terkini, beberapa pelajar sekolah rendah yang termakan makanan yang dicemari mengalami cirit-birit dan muntah-muntah. Punca keracunan makanan yang berlaku selalunya adalah disebabkan oleh “bakteria salmonella” yang terkandung dalam bahan makanan yang telah dibiarkan lama diluar suhu bahan tersebut sepatutnya berada. Contoh bahan makanan yang kerap dijangkiti bakteria ini adalah daging dan ayam mentah. Ini adalah kerana bakteria ini gemarkan benda yang berbau, lembut dan berkeadaan lembap.
Tanda- tanda dan gejala keracunan seperti loya dan muntah, cirit birit, memulas dan kesejukan, deman dan kesejukan.  Gejala yang dialami mungkin berbeza dari individu dengan individu yang lain bergantung kepada ketahanan seseorang, jenis keracunan, dan umur seseorang.
Keracunan makanan boleh dielakkan dan pencegahan yang betul dengan tidak merokok, mengorek hidung, atau menggaru bahagian badan atau kepala semasa mengendali makanan. Jika mengalami keracunan makanan, segera ke klinik atau hospital berdekatan untuk menerima rawatan lanjut dan pastikan makan tersebut tidak dimakan oleh orang lain atau buang dengan segera.




Kesimpulannya yang dapat dibuat disini ialah amalan kebersihan makanan dari proses sebelum, semasa dan selepas mengendali makanan penting untuk mencegah makanan daripada tercemar. Oleh itu, setiap perkara yang dilakukan oleh pengendali makanan dan individu yang menjamah makanan tersebut haruslah teliti dari segala segi supaya keracunan makanan dapat dielakkan.

No comments:

Post a Comment