Tuesday 1 April 2014

ENTRI 3: WARNA KEGEMARAN


Pelangi, aku sukakannya. Banyak warna, ceria membahagiakan walaupun seketika. Punya merah, biru, kuning, hijau, jingga, ungu dan violet. Masa dibangku sekolah, aku gemar membuat kraf dari kertas berwarna-warni. Origami salah satunya. Sehingga aku digelar si kitar semula. Aku bukanlah sekreatif yang disangka mereka. Bagiku, aku hanyalah seorang yang suka kepada benda yang pelik dan berseni, mungkin. Mungkin pada pandanganku ia adalah seni, sebaliknya pada pandangan orang lain.
 Pernah suatu ketika ku punya hitam, kelabu dan warna yang gelap untuk kebanyakan pakaian dan barangan milikku. Mulanya aku tidak perasan akannya sehinggalah kawan-kawanku bertanya, “hang ni tak ada baju warna lain ka? Barang-barang pun asyik warna-warna yang gelap saja. Asyik warna gelap-gelap ja hang pakai”. Ya, kebetulan aku mula sukakan warna sebegini selepas peristiwa itu. Peristiwa yang menyebabkan pertalian persahabatan yang dibina sekian lama hancur. Membuatkan aku ditegur oleh orang sekelilingku mengapa aku tidak seperti dulu, seceria sang suria, diriku semakin susut sehingga pada suatu pagi dirumah keluarga teman rapatku, aku dipaksa untuk menghabiskan 5 keping tosai oleh ayahnya! Gara-gara melihat diriku yang semakin susut. Mana mungkin aku sukakan warna-warna sebegitu? Aku selesa dengan warna itu kerana ia tidak menarik perhatian orang terhadapku, aku tidak gemar orang lain mengetahui lebih tentang diriku, takut, takut kejadian yang sama akan berulang kembali.
Pelangi muncul kembali setelah sekian lama ia menyepi, kali ini jauh lebih bermakna dikala aku mulai selesai dengan peristiwa itu, melupakan peristiwa itu, tetapi tidak sekali aku melupakan dia yang pernah aku gelar sahabat. Harapanku terhadap persahabatan yang dibina sekian lama dapat disambung kembali, mungkin akan tidak  sejernih dahulu tetapi baik daripada semakin gelap gelita. Pelangi, menurutku persepsiku adalah ceria, yang punya pelbagai warna itulah kegemaranku kini, harapku selamanya~


ENTRI 2 : Suasana Pembelajaran Di Universiti Sebagai Pelajar Pengurusan Hospitaliti


Apabila sebut saja mengenai universiti, aku akan terus  terbayangkan tugasan yang menimbun seperti Puncak Vista yang mana lokasinya di dalam UUM, perlu bercakap, membuat tugasan dan belajar dengan menggunakan bahasa Inggeris, pensyarah yang tegas dan sangat teliti, perbentangan tugasan, 1001 gelagat dan perangai ahli kumpulan serta rakan sekuliah, penglibatan dalam persatuan dan aktiviti yang dianjurkan oleh pihak universiti dan juga dewan penginapan pelajar, berebut bas untuk ke kuliah dan banyak lagi. Semua ini adalah perkara biasa yang akan dihadapi oleh sesiapa sahaja yang bergelar pelajar universiti, tidak kiralah dimana-mana universiti, tanpa mengira bangsa, agama dan status seseorang itu.
Aku merupakan seorang pelajar Pengurusan Hospitaliti dengan kepujian di Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah. Berada di tahun kedua, semester 4, berbaki satu semester di universiti dan latihan industri selama enam bulan di syarikat atau industri yang berkaitan dengan program yang diambil. Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2007, aku memulakan pengajian dari peringkat sijil sehinggalah diploma dan seterusnya di peringkat ijazah. Semuanya adalah program yang berkaitan dengan Hospitaliti. Setiap peringkat pengajian yang aku lalui, sedikit berbeza dari satu peringkat ke peringkat lain. Sememangnya suasana pembelajaran di universiti berbeza dengan tempat pengajian sebelumnya.
Sebagai seorang pelajar dalam bidang Pengurusan Hospitaliti, menjadi keutamaan pelajar untuk menjaga penampilan diri, dan sentiasa menyukir senyuman yang mesra kerana ia sangat penting untuk mendisplinkan diri sekaligus dapat memberi tanggapan yang baik pada diri serta orang lain terhadap pelajar Pengurusan Hospitaliti. Suasana pembelajaran di universiti sebagai pelajar Pengurusan Hospitaliti bagiku, sesuatu yang ceria, walaupun sentiasa sibuk dan memenatkan dari segi fizikal dan mental. Oleh kerana mata kredit untuk program ini 148 kredit, maka jadual untuk setiap semester agak padat. Akan tetapi bagiku ia bukanlah satu masalah yang besar. Jadual kelas tidaklah begitu padat kerana aku telah memindahkan kredit subjek yang telah dipelajari semasa pengajian peringkat sijil dan diploma. Aku juga tidak perlu lagi untuk belajar subjek yang melibatkan amali di dapur, kaunter hadapan, bilik hotel, dan restoran. Untuk kelas teori, aku ke kelas bersama rakan sekuliah, dan kami akan duduk bersebelahan atau didalam barisan yang sama, supaya apabila pensyarah memberi tugasan untuk perbincangan didalam kumpulan, kami tidak perlu bergerak kesana kemari mencari ruang untuk kumpulan kami. Belajar dari pengalaman lalu, aku lebih gemarkan bersama ahli kumpulan yang banyak bercakap mengenai sebarang perkara yang boleh terima dek akal berbanding ahli kumpulan yang lebih suka menyendiri dan pendiam, kerana mereka lebih terbuka mindanya, jadi lebih banyak idea yang dapat dikongsi bersama. Apa yang lebih penting, dapat memberikan komitmen yang baik dalam menyiapkan sebarang tugasan. Apa yang boleh aku ceritakan disini adalah berdasarkan pengalamanku sendiri dan hasil pemerhatianku terhadap rakan seprogram. Contohnya, pelajar yang perlu ke kelas masakan dan kelas perkhidmatan makanan dan minuman sangat sibuk dan penat. Ini kerana pelajar harus memulakan tugas seawal pagi dan perlu membuat persiapan awal sehari sebelum kelas amali tersebut bermula. Pada masa yang sama, dalam  menikmati proses pembelajaran amali tersebut, perasaan teruja dan gembira sentiasa ada kerana suasana pembelajaran yang sangat menarik pada pandanganku.  Aku dapat melihat tingkah laku rakan sekuliah dalam mengendali pelanggan yang cerewet.
Untuk mengakhiri celotehku, aku sukakan situasi ini, sentiasa sibuk dan ceria sekaligus dapat mengisi masa senggangku dengan aktiviti program Pengurusan Hospitaliti yang berfaedah. Bukan itu sahaja, banyak ilmu dan pengalaman yang boleh aku timba dari program ini kerana ia banyak berkaitan dengan kehidupan seharian kita. Paling penting sedikit sebanyak ia dapat membantu untuk menempuhi alam kerjaya. Insyaallah.




ENTRI 1 : Keracunan Makanan


Menurut buku panduan Kebersihan dan Keselamatan Makanan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, keracunan makanan ialah penyakit yang berlaku selepas memakan makanan yang tercemar dengan kuman atau bahan kimia. Ia berdasarkan sejauh mana pembuat atau pengendali makanan mengendali makanan itu dengan bersih, teliti serta terperinci dari proses awal hingga akhir makanan itu dimasak.
Terkini, beberapa pelajar sekolah rendah yang termakan makanan yang dicemari mengalami cirit-birit dan muntah-muntah. Punca keracunan makanan yang berlaku selalunya adalah disebabkan oleh “bakteria salmonella” yang terkandung dalam bahan makanan yang telah dibiarkan lama diluar suhu bahan tersebut sepatutnya berada. Contoh bahan makanan yang kerap dijangkiti bakteria ini adalah daging dan ayam mentah. Ini adalah kerana bakteria ini gemarkan benda yang berbau, lembut dan berkeadaan lembap.
Tanda- tanda dan gejala keracunan seperti loya dan muntah, cirit birit, memulas dan kesejukan, deman dan kesejukan.  Gejala yang dialami mungkin berbeza dari individu dengan individu yang lain bergantung kepada ketahanan seseorang, jenis keracunan, dan umur seseorang.
Keracunan makanan boleh dielakkan dan pencegahan yang betul dengan tidak merokok, mengorek hidung, atau menggaru bahagian badan atau kepala semasa mengendali makanan. Jika mengalami keracunan makanan, segera ke klinik atau hospital berdekatan untuk menerima rawatan lanjut dan pastikan makan tersebut tidak dimakan oleh orang lain atau buang dengan segera.




Kesimpulannya yang dapat dibuat disini ialah amalan kebersihan makanan dari proses sebelum, semasa dan selepas mengendali makanan penting untuk mencegah makanan daripada tercemar. Oleh itu, setiap perkara yang dilakukan oleh pengendali makanan dan individu yang menjamah makanan tersebut haruslah teliti dari segala segi supaya keracunan makanan dapat dielakkan.

Saturday 17 November 2012


Etika
 – falsafah moral yang memberikan tumpuan kepada tingkah laku individu dalam kehidupannya.
Etika - Berasal dari perkataan Greek, Ethos bermaksud character @ perangai.
Konsep dan Pembahagian Etika
 - kajian tentang apa yang betul dan apa yang salah dari sudut moral.
- Moral -  Berasal dari perkataan Latin, mores bermaksud character @ perangai.
Oleh itu, ethos dan mores membincangkan perkara yang sama.
Etiket (etiquette) - Tingkah laku @ tatacara yang dianggap baik dalam sesuatu situasi sosial. Contoh, pakai kemas ke tempat kerja @ menghadiri majlis formal.
- 3 Pembahagian Etika:
     i.        Etika meta (meta ethics)
- Melibatkan persoalan-persoalan ghaib seperti kuasa Tuhan, keagamaan, kebenaran sejagat dan peranan akal. melibatkan metafizik, psikologikal dan linguistik yang merupakan konsep abstrak dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Contoh, etika keagamaan Islam boleh dirujuk.
    ii.        Etika normatif (normative ethics)
- Membuat kritikan dan melakukan penilaian ke atas etika moral yang ada,mencadangkan satu sistem yang standard untuk semua,diasaskan kepada rasional dan penaakulan akal. Ada 2 teori, teori deontologikal dan teori teleologikal.
- Teori deontologikal – menilai baik-buruk berdasarkan tindakan. Contoh, menolong adalah perbuatan baik.
- Teori teleologikal- menilai baik-buruk berdasarkan kesan tindakan. Contoh, sekiranya seseorang itu mencuri harta orang kaya bakhil dan dermakannya kepada orang-orang miskin maka perbuatan itu dianggap baik.
   iii.        Etika gunaan (Applied ethics)
- Membincangkan isu-isu khusus dalam kehidupan seharian meliputi pelbagai bidang seperti perniagaan, perguruan, perubatan, alam sekitar, sosial dan seks.

Aliran-aliran Etika
Utilitariianisme
- Berasal daripada perkataan utility yang membawa maksud 'guna', 'berguna; atau 'kegunaan'.
- Sebarang tindakan yang menambahkan kegembiraan masyarakat akan meningkatkan kebajikan masyarakat berkenaan. Matlamatnya adlah untuk memberikan kebaikan tertinggi kepada seberapa ramai orang.
Hedonisme
- Ini berasal daripada perkataan Greek hedone yang menentukan matlamat kehidupan untuk mendapatkan kelazatan hidup yang maksimum. Fahaman yang mementingkan keseronokan dan kesenangan hidup. Contoh, gaji, rumah, kenderaan,pangkat besar, dan segala yang besar-besar menjadi impian hidup.
Eksistensialisme
- Menegaskan bahawa moral hendak berpaksikan kebebasan. Menekankan tentang kebebasan individu membuat pilihan dan pilihan dibuat berdasarkan sumber asal. Tiga bentuk kebebasan:        
         i.            kebebasan jasmani,
       ii.            kebebasan kehendak
      iii.            kebebasan moral.

Akhlak Islam

Definisi: menurut pandangan tokoh tasawuf ialah perangai yang menyenangkan, lemah lembut dalam pergaulan, berseri wajah, sedikit prselisihan dan baik percakapan. Contoh, hubungan dan pergaulan seseorang itu dengan persekitarannya seperti perselisihan yang berlaku sama ada rakan sekerja, jiran dan saudara mara.

Pendidikan Akhlak
Pendidikan Akhlak dikenali sebagai tahdib al-akhlaq iaitu menghapuskan akhlak buruk yang ada di dalam diri seseorang.

Cara Membentuk Akhlak Mulia
Akhlak mulia boleh dibentuk melalui latihanyang dilakukan secara bersungguh-sungguh tanpa kenal erti jemu dan putus asa. Kaedahnya bermula dengan memberi tumpuan secara berfokus kepada adab-adab seharian seperti adab bangun pagi, mandi, makan, memberi salam, bercakap dan tidur. Mujahadah dan Riyadah ialah adab, tabiat dan kebiasaan merupakan akhlak. Akhlak perkara umum, adab perkara khusus yang berfungsi sebagai landasan pertama untuk menanam dan membentuk akhlak mulia dalam diri seseorang.
Faedah Akhlak Mulia
         i.            Untuk mencari keredhaan dan meningkatkan martabat disisi Allah S.W.T.
       ii.            Boleh menyampaikan cita-cita seseorang.
      iii.            Benteng kukuh dan jalan mudah dekatkan diri kepada Allah S.W.T.
Akhlak Mulia Lambang Keimanan Yang Sejati
Seseorang berakhlak mulia menyinarkan cahaya keimanan yang baik dan tidak mendatangkan kegangguan kepada situasi sekeliling.
Bahaya Akhlak Buruk
         i.            Menyempitkan rezeki,
       ii.            Mengundang bahaya kepada kehidupan dunia seperti sentiasa gelisah, bimbang dan keluh-kesah,
      iii.            Tidak memberikan ketenagan kepada pemiliknya.
Akhlak Manusia Secara Semulajadi
Ada  4 kategori golongan manusia menurut Imam al-Ghazali  berdasarkan kepada tabiat semulajadi mereka sebelum menerima pendidikan akhlak iaitu:
         i.            Golongan yang bodoh - Manusia yang bodoh. Tak dapat bezakan yang mana baik dan buruk.
       ii.             Golongan yang bodoh dan sesat - Manusia yang mengetahui sesuatu perkara yang buruk tapi tidak biasakan diri berbuat perkara yang baik malah tetap membinasakan diri dengan buat perkara buruk mengikut kehendak dan hawa nafsu. Tabiat golongan ini sukar diubah.
      iii.            Golongan yang bodoh, sesat dan fasiq - Manusia yang mempunyai keyakinan bahawa yang buruk itu baik.
    iv.            Golongan yang bodoh, sesat, fasiq dan sangat jahat - Manusia yang yakin membuat sesuatu kejahatan dan melihat kelebihan serta jadi bangga dengan buat kejahatan tersebut.
Hati Tempat Pembentukan Akhlak
Segala perbuatan yang dilakukan oleh anggota zahir seperti tangan. Lidah, kaki, dan mata akan beri kesan kepada hati.semakin banyak perkara maksiat dilakukan seseorang, semakin keras hati untuk terima cahaya keimanan.
Gaya Pembentukan Akhlak oleh Imam al-Ghazali
         i.            Sentiasa bergaul dengan guru yang dapat melihat dan menilai segala kekurangan akhlak yang ada pada dirinya dan mematuhi nasihat yang diberikan oleh guru.
       ii.            Mencari teman yang benar-benar dapat mengawasi dan  menegur perbuatan yang buruk.
      iii.            Mendengar dan memerhati segala kekurangan diri yang dilontarkan oleh pihak musuh.
    iv.            Mencampuri manusia dengan mengawasi sifat-sifat yang tercela dan mengambil pelajaran untuk memperbaiki diri sendiri.

Matlamat Akhlak
Membentuk manusia yang sempurna perbuatan di semua tempat lagi bersih. Tawasuf sebagai baik akhlak yang terbentuk daripada 3 bahagian, iaitu:
         i.            Baik akhlak bersama Allah S.W.T. dengan mengikuti segala perintah tanpa nifaq.
       ii.            Baik akhlak sesama manusia dengan menghormati yang tua, bersifat kasih sayang dengan yang muda, adil bersama rakan terdekat dan tidak menuntut balasan atau keadilan daripada manusia ramai.
      iii.            Baik akhlak terhadap diri sendiri dengan tidak mengikuti dorongan syaitan.

 Prepared by: Naiemah Binti Md Yahya
                           222329 (group F)

Saturday 10 November 2012

everyone is different, but the different make it special in some way..